Google Ads: SEO lawan PPC

Terdapat beberapa perbezaan antara PPC (bayar-setiap-klik) dengan SEO (pengoptimum enjin carian) yang anda harus mempertimbangkan semasa ingin membuat keputusan tentang cara anda melaburkan masa dan wang pemasaran online anda.

Penambah baikkan kepada SEO anda, dapat meningkatkan ranking anda di carian Google dengan membuatkan halaman laman web anda lebih relevan kepada pengguna. Penyenaraian carian adalah percuma, dan tiada siapa yang boleh bayar untuk mendapat ranking yang lebih bagus. Hal ini kerana Google berpegang kepada suatu tujuan iaitu untuk memastikan content carian mereka berguna dan boleh dipercayai.

Periklanan PPC seperti Google Ads adalah periklanan online yang berbayar yang akan muncul bersama dengan carian yang relevan dan content yang lain di dalam web. Walaupun terdapat tuntutan dan mitos, dengan adanya kempen Google Ads, ia tidak akan membantu dalam ranking SEO anda. Tetapi, periklanan PPC boleh membantu laman web anda untuk menghubung dengan para hadirin online dengan lebih luas.

Jadi, cara mana yang harus anda gunakan untuk bisnes anda: SEO atau pilihan PPC seperti Google Ads? Jom kita baca dengan lebih lanjut untuk tahu akan faedah bagi kedua-dua kaedah tersebut.

Apakah perbezaan antara SEO dengan PPC?

Jom start dengan SEO dahulu.

SEO ataupun Pengoptimum Enjin Carian, adalah satu cara yang melibatkan content di laman web anda yang mempunyai potensi untuk menambah baikkan perlihatan laman web anda kepada enjin carian dan pengguna mereka. Dalam segi kata lain, ia dapat membantu laman web anda untuk selalu muncul di carian yang relevan.

Terdapat beberapa perkara yang patut anda lihat apabila mencuba untuk menambahbaikkan SEO laman web anda (atau dengan adanya pakar SEO untuk menunjuk ajar akan proses-proses yang terlibat) Pertama, pastikan tulisan font di laman web anda jelas, senang dibaca dan dapat menyampaikan mesej yang anda ingin sampaikan. Beri penjelasan tentang topik anda dengan senang, dalam bahasa yang mudah dan cuba memasukkan perkataan-perkataan yang anda rasa pengguna mungkin akan guna dalam pencarian topik yang anda sedia adakan.

Jika anda memasukkan istilah carian di dalam salinan laman web anda, pastikan anda masih berkomunikasi dengan pengguna yang anda berharap akan mengguna laman web anda sekali lagi. Tambahan pula, pastikan anda tidak mencuba untuk menipu algoritma Google dengan memenuhi halaman web anda dengan banyak sangat istilah carian (lebih lagi yang tidak berkaitan) atau meletakkan halaman palsu yang anda tidak berniat untuk beri pengguna untuk melihat. Ini akan menyebabkan Google untuk tidak mengambil kewujudan halaman tersebut dan akan mengabaikan laman web anda secara seluruhnya. Selain itu, jangan menggunakan gambar teks sebagai tajuk penting, content ataupun sebagai link, hal ini kerana bot Google tidak boleh mengenal pasti akan gambar-gambar tersebut. Anda hanya perlu fikirkan bagaimana cara yang paling mudah untuk seseorang pengguna untuk mengemudi dan memahami. Jadi anda hanya perlu menggunakan cara tersebut.

Dengan adanya link pautan ke laman web anda dari laman web yang lain (boleh jadi blog mereka yang memberi review atas produk atau perkhidmatan anda, dari pelanggan yang berpuas hati, rakan perniagaan, listicles atau lain-lain) juga dapat membantu dalam ranking laman web anda. Hal ini kerana dengan adanya link pautan akan membuktikan kepada Google yang laman web anda adalah berelevan dengan kehendak pengguna online.

Tiada bayaran yang diperlukan untuk muncul secara organik dalam keputusan carian seperti Google, dan dengan hanya membuat beberapa perubahan yang kecil kepada laman web anda dengan menumpukan kepada SEO akan memberi impak yang besar kepada ranking carian anda.

Apa yang dimaksudkan dengan “PPC” dan mengapa anda perlukannya?

Google Ads ialah penyelesaian pengiklanan bayar setiap klik Google (PPC), yang membenarkan perniagaan dan pemilik lamn web seperti anda membida peluang untuk memaparkan iklan di bersebelahan keputusan carian di Google.com, lebih lagi apabila pengguna mencari apa yang anda tawarkan. Anda hanya membayar apabila seseorang mengklik pada iklan anda untuk melawat laman web anda atau menghubungi perniagaan anda dan iklan tersebut memberi anda peluang untuk disedari oleh khalayak yang lebih luas secara online. Selain itu, anda boleh mengubah iklan anda pada bila-bila masa, untuk menjangkau kumpulan pelanggan yang tertentu (mengikut kepentingan, kawasan geografi, dan lain-lain) atau mempromosikan urusniaga atau produk tertentu. Dengan cara ini boleh menjadi sumber yang besar bagi syarikat kecil yang tidak boleh kerap mengemaskini SEO mereka untuk mencerminkan jualan, promosi, atau perubahan bermusim kepada tawaran mereka.

Google Ads juga memberikan anda pilihan untuk mempromosikan perniagaan anda di luar carian Google, dengan memaparkan iklan di laman web yang berkaitan dalam rangkaian paparan Google (GDN). GDN terdiri daripada beribu-ribu laman web di seluruh web, di mana anda boleh berhubung dengan pelanggan yang lebih berpotensi. Anda boleh memilih laman web yang tertentu daripada rangkaian, atau memilih jenis pelanggan yang anda mahu jangkau dan biarkan Google Ads mencipta sebuah senarai untuk anda.

Penyelesaian iklan PPC seperti Google Ads tidak mempunyai hasil yang sama seperti SEO, dan tidak akan meningkatkan kedudukan carian organik anda. Tetapi, kerana kelenturannya, Google Ads boleh membantu perniagaan dari setiap saiz dengan menarik perhatian dari pelanggan secara online pada saat-saat yang penting – iaitu, tepat pada masanya mereka mencari perniagaan seperti milik anda.

Mengapa Pemasaran PPC Google ADs tidak akan membantu dalam SEO?

Tanggungjawab pertama Google adalah untuk menyediakan pengguna carian dengan hasil yang paling relevan. Jika perniagaan dapat membayar kedudukan yang lebih tinggi dalam hasil carian, pengguna tidak akan mendapatkan maklumat yang mereka cari.

Tetapi adakah peralatan Google Ads digunakan untuk tujuan SEO?

Google Ads dilengkapi dengan alat yang boleh anda gunakan untuk memikirkan cara mengoptimumkan laman web anda. Sebagai contoh, alat Kata Kunci dapat menolong anda membuat senarai istilah yang berkaitan dengan perniagaan anda yang boleh menghasilkan banyak carian, yang kemudian anda dapat menggabungkan ke dalam kandungan laman web anda. Anda juga boleh menggunakan alat penjejakan Google Ads untuk mengukur sama ada perubahan pada laman web dan kempen iklan anda membawa kepada lebih banyak pelawat atau penukaran.

Google juga menawarkan alat iklan bukan Google untuk perniagaan kecil secara percuma. Contohnya, laporan Search Analytics dalam Google Analytics dapat menjejaki pertanyaan yang membawa lebih banyak pengunjung ke laman web anda meskipun anda tidak menggunakan Google Ads pada masa sekarang..

Jadi, patutkah anda melabur dalam SEO atau PPC?

Pada akhirnya, terpulang kepada anda, pilihan mana yang terbaik untuk perniagaan anda, tetapi patut dipertimbangkan jika kedua-dua iklan SEO dan PPC dapat membantu dengan cara yang berbeza. Hari-hari kini, ramai orang akan mencari secara online terlebih dahulu apabila mereka menginginkan cadangan restoran, ulasan perniagaan, atau jawapan untuk pertanyaan mereka yang penting. Dengan itu, SEO dan Google Ads akan membantu anda berhubung dengan mereka ketika mereka mencari apa yang anda tawarkan. SEO adalah asas tradisional pemasaran online yang berjaya, kerana ia memberi peluang perniagaan terbaik kepada anda – sekalipun proses pengoptimalan mengambil sedikit masa untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan diinginkan. Google Ads pula membolehkan anda menjangkau pelanggan dengan lebih cepat, tidak kira betapa besar atau kecil perniagaan anda, dan juga membolehkan anda menyesuaikan kempen anda dengan cepat.

Dengan menggunakan servis SEO Malaysia dan Google Ads bersama-sama boleh memberikan anda peluang terbaik untuk membawa trafik ke laman web anda dalam jangka masa yang pendek, dan juga dapat meningkatkan kehadiran perniagaan anda secara online dengan berjayanya dalam jangka masa yang panjang.